King Of Sprint Challenge 2017  

Event Date: 
2017-07-30

King Of Sprint Challenge 2017

NAME
King Of Sprint Challenge 2017
VENUE
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
DATE
30th July 2017
TIME
8.00am
REGISTRATION FEE
RM110
EVENT ORGANISER
Darul Ridzuan Cycling Club
EMAIL
helpdesk@howei.com
SOCIAL MEDIA
Facebook
CLOSING DATE
29th June 2017

Description

Kejohanan ini merupakan satu kejohanan yang berpresig tinggi dan masih belum dilaksanakan oleh mana-mana pihak. Ini adalah kerana kejohanan ini akan menawarkan gelaran Raja Pecut disamping Johan Keseluruhan bagi setiap kategori yang akan dipertandingkan.

Kelab Berbasikal Darul Ridzuan, dianggotai oleh bekas pelumba basikal Negeri Perak, Kebangsaan dan juga bekas pelumba Profesional Asia Continental.

Kami terpanggil untuk mengenalpasti bakat-bakat baru didalam arena sukan berbasikal khususnya di seluruh negeri Perak untuk menjadikan negeri Perak yang berpusatkan di Daerah Ipoh khususnya, akan menjadi lebih dikenali dan disegani dalam acara sukan berbasikal pada masa yang akan datang. Hasrat ini dituntut kerana pada tahun 2018 Perak akan menjadi tuan rumah sukan Malaysia Edisi ke 16.

Kejohanan ini membolehkan perserta dan peminat sukan berbasikal Malaysia dapat berkumpul dan menunjukkan kehebatan berbasikal disamping memupuk nilai perpaduan dikalangan peserta di seluruh Malaysia bersama-sama dengan peserta dari luar negara.

Disamping menyertai kejohanan ini, kami juga ada menawarkan keindahan suasana semulajadi yang nyaman di laluan yang selamat untuk berbasikal oleh peserta disamping untuk memperkenalkan beberapa mercu tanda di daerah negeri Perak iaitu Taman Herba, Kelly's Caste, Udang Galah Tg.Tualang, Seri Iskandar, Batu Gajah dan khususnya Bandar raya Ipoh yang terkenal dengan pelbagau keistimewaan dari segi makanan dan tarikan pelancong.

Diharapkan kejohanan ini dapat menarik minat para peserta dan pelancong dari dalam mahupun di luar negeri Perak untuk turut serta ke kejohanan ini. Kita juga telah sedia maklum bahawa melalui kejohanan ini. ia akan menarik minat pelancongan-pelancongan untuk turut serta yang secara langsung akan menghasilkan pulangan yang terbaik kepada kerajaan negeri untuk membuat promosi pelancongan di sekitar negeri Perak.

Objective

  1. Mencungkil bakat-bakat muda untuk memenuhi barisan skuad Lumba Basikal negeri Perak.
  2. Menerapkan gaya hidup sihat dan dapat menghindari gejala negative dikalangan remaja di negeri Perak.
  3. Membantu mempromosikan industri pelancongan di negeri Perak.
  4. Keselamatan dan Keamanan di negeri Perak terjamin dan akan memberikan ruang kepada pelancong untuk berbasikal menikmati alam semulajadi di negeri Perak.

Flag Off

  • 77km - 8.00am

Cut Off Time

  • 4hours - 12.00pm

Race Kit Collection

Date: 29th July 2017
Time: 2pm - 8pm
Venue: Heritage Hotel, Ipoh, Perak.

Category and Fee

Category Age Limit Fee (RM)
Men Open  22 - 35 yrs old 110.00
Women Open  18 yrs old & above 110.00
Men Junior Veteran  36 yrs old & above 110.00
Men Sukma Open  21 yrs old & below 110.00

Participant Entitlements
All participants will stand to receive the following entitlements:

Howei Shirt Symbol Howei Medal Symbol Howei Bag Symbol E-certificate Howei SymbolHowei Food Symbol

  • T-shirt
  • Medal
  • Lunch
  • Timing Chip
  • E-certificate

T-shirt Design

T-shirt Design

T-shirt Sizing Chart

XIRCOLO SUBLIMATION TSHIRT SIZE CHART
CM 2XS XS S M L XL 2XL 3XL 4XL 5XL 6XL 7XL
1/2 chest 42 44.5 47 49.5 52 54.5 57 59.5 62 64.5 67 69.5
body length 64 66 68 70 72 74 76 78 80 82 84 86
shoulder width 39 41 43 45 47 49 51 53 55 57 59 61
sleeve length 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29
1/2 cuff 14.5 15.25 16 16.75 17.5 18.25 19 19.75 20.5 21.25 22 22.75

Medal Design

King of Sprint Howei Medal Design

Prizes

Prizes

Jersey only for the King of SprintJersey Design

 

Be the champion and take home this one-of-a-kind jersey! 

 

Route Map
Route Map

Elevation

 

FORMAT PERTANDINGAN

• Pemenang setiap kategori akan dinilai dengan menggunakan ‘Timing Chip’ melalui Jumlah Keseluruhan Pungutan Mata di Garisan sprint 1 dan Garisan Penamat.

• Laluan mencabar ini sejauh 77 km yang bermula dan tamat dihadapan Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak.

• Penganjur tidak bertanggung jawab keatas sebarang kerosakan basikal, kehilangan harta benda dan kehilangan nyawa sepanjang kejohanan ini berlangsung.

 

PELEPASAN PESERTA

• Setiap Peserta dan basikal akan di periksa oleh Delegasi komisar pertandingan sebelum perlepasan.

• Peserta akan dilepaskan serentak bagi kedua-dua jenis kategori basikal.

TOPI KELEDAR (HELMET)

• Semua pelumba diwajibkan memakai topi keledar (hard shell helmet) semasa pertandingan.

SPESIFIKASI BASIKAL MTB

• Semua jenis basikal MTB (26 ers, 27.5 ers dan 29 ers) adalah dibenarkan.

• Semua jenis tayar MTB Offroad dan slick dibenarkan.

• Semua jenis Suspension Fork dan Rigid Fork dibenarkan.

• Penggunaan frame MTB sahaja dibenarkan.

KOMISAR / PEGAWAI PERTANDINGAN

Ketua Teknikal Delegate Kejohanan akan dihakimi oleh : Jawatankuasa Teknikal DRCC K.O.S CHALLANGE 2017.

• Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Kejohanan melantik pegawai pertandingan pengendali paparan kemenangan dari Jawatan Kuasa DRCC (En.Mohd. Asril B. Ab.Rahman & En. Chung Chee Wai).

• Keputusan oleh En.Mohd. Asril B. Ab.Rahman & En. Chung Chee Wai dalam setiap acara adalah muktamad. Sekiranya berbangkit sebarang bantahan keputusan ianya akan merujuk kepada Panel Komisar Kejohanan dan Juri Rayuan.

• Jawatan Kuasa pertandingan berhak membuat pemeriksaan basikal peserta, sekiranya didapati timbul keraguan tentang spesifikasi basikal yang digunakan oleh pemenang.

BANTAHAN / TATATERTIB

• Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan untuk membuat bantahan.

• Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Juri pertandingan dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM300.00 tunai .

• Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

• Bantahan hanya boleh dibuat dalam masa 10 minit selepas keputusan diumumkan.

 

Event Location 


Kellie Castle, Batu Gajah, Perak.

Share
Event Organiser 


Darul Ridzuan Cycling Club

Co- Organizer
MDBG Logo

 Apparel and Merchandise Sponsor
XIRCOLLO Logo

Lucky Draw Sponsor
BoomRack Logo

 Food and Drink Sponsor
Latifah Omar Logo

N8 Sports Nutrition

Sponsor by

Ozel Logo

NIT Bike Garage Logo