Larian Bendera Negaraku

Status message

Online Registration is Closed!

Thank you for your interest in our Larian Bendera Negaraku. event. We are sorry to inform you that the online registration for this event is now closed. Please contact our Helpdesk or the event organisers for any special arrangements.

Events » Waivers » Personal Info » Event Options » Review » Complete
Terma & Syarat
  1. Larian Bendera Negaraku terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Tiada had umur ditetapkan.
  2. Pendaftaran atas talian dan Cabutan bertuah hanya terbuka kepada peserta 18 tahun ke atas sahaja.
  3. T-Shirt adalah terhad untuk 3000 orang dewasa yang pertama untuk mendaftar sahaja.. Tiada saiz untuk kanak – kanak. 
  4. Setiap peserta yang telah membuat pendaftaran atas talian perlu membuat pegesahan pendaftaran dan mengutip kupon larian pada hari Jumaat 7hb April di Amanjaya Mall dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
  5. Peserta hanya boleh membuat kutipan baju dan bib nombor dengan kupon yang telah diterima semasa pengesahan pendaftaran. Kaunter Kutipan baju dan bib nombor akan dibuka dari pukul 6.30 pagi sehingga 8.00 pagi.
  6. Peserta dinasihatkan untuk membuat perancangan untuk sampai ke tapak acara dari pukul 6.30 pagi dan sebelum pukul 7.30 pagi, untuk mengambil bahagian dalam acara larian ini tanpa sebarang kesukaran.
  7. Peserta yang lewat hadir iaitu selepas pukul 8.00 pagi tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam larian dan ianya akan mengakibatkan kehilangan peluang untuk menyertai cabutan bertuah.
  8. Hanya peserta yang mengambil bahagian dalam larian akan layak untuk menyertai cabutan bertuah.
  9. Walaupun langkah berjaga-jaga akan diambil oleh pihak penganjur namun bagi memastikan keselamatan peserta, peserta digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dan/atau berunding dengan pakar perubatan sebelum pendaftaran dan sebelum hari acara.
  10. Pihak penganjur berhak untuk menangguhkan permulaan acara larian sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut petir atau keadaan cuaca yang melampau. Sekiranya keadaan cuaca buruk berterusan selepas penangguhan pelepasan larian, pihak penganjur berhak untuk membatalkan perlumbaan. Sekiranya berlaku hujan atau ribut petir atau malapetaka atau bencana alam yang mengakibatkan penangguhan atau pembatalan acara di atas, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana individu atau pihak yang berkenaan.
  11. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar (termasuk gambar peserta), rakaman video, atau rakaman melalui media lain untuk acara itu yang diambil sebelum, semasa dan selepas acara Larian Bendera Negaraku, untuk sebarang perkara yang sah termasuk pengiklanan komersial dan pengagihan kepada penaja.

 

Fasal Pengecualian